comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak dua tahun dikhuatiri lemas, jatuh longkang

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas selepas disyaki terjatuh dalam longkang sedalam satu meter di sebuah hotel di Jalan Bukit Baru, Bukit Palah, petang tadi.

Kehilangan mangsa disedari bapanya yang menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan kejadian pada jam 3.42 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, memaklumkan sejurus menerima laporan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh ke lokasi untuk bantuan.

Anggota bomba melakukan pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh ke dalam lubang. FOTO: NSTP

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi dimaklumkan bapa mangsa bahawa anak lelakinya berusia dua tahun hilang dan disyaki terjatuh di dalam longkang sedalam satu meter.

“Ketika ini operasi mencari mangsa sekitar kawasan kejadian dan di dalam longkang sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...
Terkini