comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba selamatkan empat wanita terperangkap dalam kebakaran

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Dua wanita sesak nafas dalam kebakaran sebuah pusat rawatan kecantikan terletak di bangunan rumah kedai tiga tingkat di Indera Mahkota, dekat sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata wanita terbabit serta dua lagi mangsa menghuni di tingkat satu premis terbabit bertindak lari ke bahagian ‘awning’ bangunan untuk menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran.

Menurutnya, 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada jam 4:02 pagi.

Katanya, sebaik bomba tiba di lokasi mendapati kebakaran berlaku di tingkat bawah pusat kecantikan terbabit dan  empat wanita berada di bahagian ‘awning’ bangunan.

“Ketika mengawal dan memadam api, anggota bomba bertindak membawa turun empat wanita terbabit berusia antara 30 dan 46 juga pekerja pusat kecantikan itu menggunakan tangga,

“Dua wanita dilaporkan sesak nafas dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut dan dua lagi mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tindakan pantas bomba dapat memadam kebakaran itu dalam tempoh kurang 40 minit dan mengelak api merebak ke premis lain.” katanya menerusi kenyataan media sini, hari ini.

Menurut Ismail, berdasarkan maklumat awal, empat wanita terbabit bertindak keluar melalui lubang angin di tingkat satu tempat mereka huni ke bahagian ‘awning’ untuk mengelak terus menghidu asap tebal.

 

Katanya, kebakaran itu memusnakan hampir 40 peratus pusat kecantikan di tingkat bawah rumah kedai terbabit.

Punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini