comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Brek lori rosak, dua maut

 

BELURAN: Dua maut selepas brek sebuah lori baja rosak mengakibatkannya terjunam ke dalam gaung di Jalan Beluran ke Paitan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu, 44 dan penumpang, 25, maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di badan.

Foto: PDRM

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, sebelum kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori yang membawa muatan baja disyaki hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Foto: PDRM

“Sebaik terbabas, lori dilaporkan terhumban ke dalam gaung. Kemalangan dipercayai akibat masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

@buletintv3 Brek lori rosak, dua maut #beritaditiktok #buletintv3 ♬ original sound – BuletinTV3

Menurutnya, akibat kejadian tersebut pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Beluran dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...
Terkini