comscore
Tumpuan :
Nasional

Buat tuntutan palsu RM125,000, guru besar direman SPRM

KUCHING: Seorang guru besar sebuah sekolah di Bintulu direman enam hari sehingga 30 Jun ini selepas disyaki terlibat  membuat tuntutan palsu yang bernilai kira-kira RM125,000.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek  yang berusia  50-an itu ditahan ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 24 Jun lalu di sebuah sekolah di Bintulu.

Siasatan awal mendapati suspek bersubahat dengan sebuah syarikat ketika membuat tuntutan palsu berkait pembekalan makanan ke asrama sebuah sekolah di daerah ini yang bernilai kira-kira RM125,000.

” Bagaimanapun kuantiti bekalan yang dibekalkan kepada sekolah terbabit tidak sama dengan jumlah sebenar yang sepatutnya dibekalkan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Perintah tahanan reman sehingga 30 Jun ini dikeluarkan Majistret Galvin Loo Wei Ling di Mahkamah Majistret Bintulu semalam (25 Jun).

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini