comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak 6 tahun jatuh longkang dikhuatiri lemas

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terjatuh ke dalam longkang berhampiran jalan besar Taman Pinggiran Pelangi, Rawang, dekat sini, petang tadi dikhuatiri lemas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.19 petang tadi.

Sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi pada jam 6.23 petang untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan yang terletak hampir dengan kawasan perumahan di situ, sebelum dihanyutkan arus deras.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bermain di kawasan itu bersama seorang rakan dan adiknya selepas hujan reda,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Anggota bomba menjalankan pencarian dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh hingga ke kawasan sungai berhampiran dan setakat kini, operasi SAR masih berjalan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini