comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Budak lelaki 6 tahun ditemukan maut dalam mesin basuh

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah, sebelum disahkan meninggal dunia, pada pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata mangsa ditemukan neneknya kira-kira jam 9.30 pagi.

“Mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian.

Foto hiasan

Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia jam 11.02 pagi ini (Isnin),” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Jelasnya, laporan mengenai kematian kanak-kanak lelaki itu diterima jam 11.44 pagi daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa dari rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ada bersama dengan ahli keluarganya yang lain di dalam rumah sebelum dia kemudian ditemukan berada dalam mesin basuh oleh neneknya.

Hasil bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul .

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini