comscore
Tumpuan :
Nasional

Buruh didakwa rogol anak tiri bawah umur 

KOTA BHARU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol anak tiri Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun tujuh bulan ketika kejadian yang mana tertuduh tidak boleh berkahwin dengan mangsa mengikut hukum agama Islam.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kandis, dekat Pasir Puteh, jam lebih kurang 6 petang, pada Jun 2023.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh kerana kes itu sangat serius dan ia tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk dokumen dan laporan kimia.

Loading...
Terkini