comscore
Tumpuan :
Nasional

Buta Tapi Masih Boleh ‘Tengok’ Wayang

PETALING JAYA: Membawa orang buta menonton wayang mungkin kedengaran janggal, tetapi tidak mustahil.

Impian itu direalisasikan Yayasan Maghfirah yang menaja 108 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, ibu negara ‘menonton’ filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Meskipun golongan istimewa ini tidak dapat melihat secara visual, ada cara lain yang membantu mereka memahami jalan cerita.

Tambahan pula, sesetengah panggung wayang menggunakan teknologi “Audio Description” bagi menggambarkan setiap babak dalam filem itu secara lisan kepada penonton.

Dalam situasi ini pelajar OKU penglihatan sepenuhnya itu mendapat bantuan penceritaan daripada rakan di sebelah yang membantu memahami dan berimaginasi jalan cerita semasa menonton filem.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Shuib Norudin berkata usaha ini juga bagi menyuntik nilai patriotisme dalam diri pelajar selaras dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Mereka (pelajar) dapat bantuan penceritaan daripada rakan di sebelah dengan bantu nak fahamkan dan berimiginasi jalan cerita ketika tonton filem. Kami bawa mereka sebagai memberi suntikan nilai patriotisme selaras dengan sambutan bulan kemerdekaan,” katanya.

Beliau berharap inisiatif yang dijalankan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

Apatah lagi apabila ini juga pengalaman kali pertama bagi kebanyakan pelajar terbabit menonton wayang di pawagam.

Loading...
Terkini