comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] CAAM keluarkan Maklumat Keselamatan amaran bahaya debu gunung berapi


PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan Maklumat Keselamatan mengenai Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi di Sulawesi Utara, Indonesia yang memberi impak kepada operasi penerbangan di Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata Maklumat Keselamatan itu susulan letusan Gunung Ruang yang mula meletus pada jam 9.45 pagi kelmarin.

“Kesan letusan ini menyebabkan terbentuknya awan debu yang bergerak menuju ke FIR Kota Kinabalu dan boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat ruang udara berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norazman berkata, sehubungan itu, CAAM menyarankan syarikat penerbangan dan pengendali pesawat untuk memantau secara berterusan perkembangan meteorologi, notis serta maklumat berkaitan debu gunung berapi yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Katanya, orang ramai yang terbabit bagi penerbangan membabitkan kawasan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan mengenai perkembangan letusan gunung berapi dan status terkini jadual yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.

Terdahulu, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak hari ini susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia.

Sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines.

AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini