comscore
Tumpuan :
Nasional

COVID-19 catat 371 kes baharu, empat kematian

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jangkitan harian kes positif baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan sedikit peningkatan dengan 371 kes dilaporkan setakat malam tadi berbanding 350 kes sehari sebelumnya.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan, 370 kes adalah penularan tempatan manakala satu kes import menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 kepada 5,033,625 kes.

Setakat tengah malam tadi, empat kematian direkodkan dengan satu adalah kematian luar hospital (BID), menjadikan statistik kematian adalah sebanyak 36,923 kes.

Setakat semalam, sebanyak 10,390 kes masih aktif, termasuk 16 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 404 pesakit atau 3.9 peratus menerima rawatan di hospital.

Seramai 304 pesakit dilaporkan sembuh.

Loading...
Terkini