comscore
Tumpuan :
Nasional

COVID-19: KPT ikut arahan KKM

Foto hiasan

SHAH ALAM : Sebarang ketetapan akan dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sebaik menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan kebelakangan ini.

Ia termasuk keperluan pengajian secara dalam talian bagi mengekang penularan Covid-19 di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, pihaknya tidak akan membuat sebarang keputusan mendahului KKM.

 

“Universiti hendaklah (buat keputusan) berasaskan kepada apa yang dimaklumkan dan diarahkan oleh KKM.

“Kita tidak boleh buat keputusan sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada KKM mengenai apa yang dinasihatkan atau diarahkan akan dijadikan panduan untuk kita ikuti seterusnya,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Penutup Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi 2023 Edisi ke-24 di Universiti Teknologi Mara.

Terdahulu, media melaporkan sejumlah 20,696 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara antara tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu, meningkat hampir 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini