comscore
Tumpuan :
Nasional

COVID-19: Tiada arahan wajibkan dos penggalak – Fahmi

FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Tiada arahan yang mewajibkan rakyat negara ini mengambil suntikan dos penggalak vaksin, susulan peningkatan kes COVID-19, jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Katannya, buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

“Ini sedikit salah faham yang berlaku akibat media sosial. Sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar. Kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan agak berbeza, dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu (kandungan),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan agensi berita Xinhua.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau akan bertemu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi memudahkan KKM berjumpa dengan ketua pengarang akhbar dan media dalam memperjelas isu berkaitan dos penggalak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini