comscore
Tumpuan :
Nasional

Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan

Zayn Rayyan Abdul Matiin. -FOTO arkib NSTP

PETALING JAYA: Polis menahan datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Matiin di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Buletin TV3 sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

“Datuk dan nenek kepada adik Rayyan ditangkap dalam 2.30 petang tadi,” katanya.

Beliau memaklumkan penahanan mereka dibuat di Subang Bestari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Katanya permohonan reman terhadap kedua-duanya kemungkinan akan dibuat polis esok.

Terdahulu, media melaporkan pegawai penyiasat polis didakwa membawa ibu Zayn Rayyan Abdul Matiiin ke Mahkamah Majistret hari ini untuk memohon bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme berkenaan.

Peguam bela ibu kanak-kanak itu, Mahmud Jumaat, dipetik berkata pihaknya membantah permohonan terbabit yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Beliau berkata, anak guam juga tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Sementara itu, Mahmud Jumaat, senada dengan Fahmi bahawa pasangan terbabit sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis akan diketahui esok.

“Saya mohon orang ramai memberi kerjasama. Kita hormati proses siasatan dan esok kita boleh mendengar dan melihat pertuduhan dibuat serta hasil siasatan,” katanya.

 

 

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

|  ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini