comscore
Tumpuan :
Nasional

Daun ketapang ada ‘harga’ di mata pelanggan luar negara

Foto Ihsan:Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Seorang pensyarah tidak menyangka daun ketapang yang bertaburan di tepi jalan rupanya mempunyai nilai tinggi di mata pembeli luar negara.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Dr Mohd Zulariffin Md Maarof berkongsi pengalamannya dengan mengeluarkan modal RM8 untuk kos penghantaran ke luar negara.

“Saya tidak menyangka usaha ini membolehkan saya memperolehi untung sebanyak US Dollar 30 ( RM140 ) dengan menjual 30 helai daun ketapang kering menerusi platform e-dagang,” ujar usahawan daun ketapang itu.

Dr Mohd Zulariffin Md Maarof, Usahawan jualan daun ketapang di platform e-dagang

Menurutnya, idea itu tercetus kira-kira 10 tahun lalu apabila dia berdepan kesempitan hidup sewaktu bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

“Waktu itu, kos sara hidup semakin meningkat. Jadi saya memanfaatkan pengetahuan dalam bidang data dan matematik untuk mengkaji peluang perniagaan mempunyai modal kecil di internet.

“Menerusi pencarian itu, saya mendapati daun kering ketapang mendapat permintaan tinggi di laman e-dagang dan dikenali sebagai ‘Indian leaf’.

“Rupa-rupanya apabila dicari, ia adalah daun ketapang yang bersepah di UTM. Jadi, apabila sudah tahu, saya terus mencari daun itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, dia kemudian memuat naik jualan daun ketapang kering menerusi e-dagang dengan tempahan pertama diperolehi pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat.

Katanya, pelanggan terbabit membeli 30 helai daun ketapang berharga US Dollar 1 ( RM4.67 ) setiap satu.

“Bermula dari situlah perniagaan ini semakin berjaya membawa pulangan lumayan.

Difahamkan daun ketapang mempunyai nilai komersil dari sudut perubatan tradisional di beberapa buah negara.

Loading...
Terkini