comscore
Tumpuan :
Nasional

Jemaah Umrah Digesa Bersedia Untuk Kenaikan Harga Pakej

PETALING JAYA : Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) meminta semua Jemaah untuk bersedia dengan kenaikan harga pakej yang di luar kawalan syarikat pengendali umrah.

Presiden SAFTTA, DR Fathir Badri Alhadad dalam satu kenyataan memberitahu pihaknyamenerima banyak maklumbalas daripada ahli berkaitan kenaikan harga yang bakal berlaku bermula bulan November ini.

Katanya bakal jemaah perlu bersedia dengan kenaikan harga pakej masing-masing disebabkan kadar tukaran Ringgit pada ketika ini telah
menurun berbanding Saudi Riyal.

Sebagai contoh jelas beliau, ketika pihaknya membuat harga pakej kadar tukaran adalah dalam sekitar 1.10 – 1.15, tetapi kini harga tukaran adalah sekitar 1.27 – 1.30.

Kenaikan kadar tukaran wang ini bukan sahaja melibatkan penambahan harga tiket penerbangan, malah harga penginapan dan kenderaan di Saudi juga telah meningkat pada ketika ini.

Ini mengakibatkan kenaikan harga boleh mencecah sehingga RM1,000 mengikut pakej yang ditawarkan oleh pengendali umrah masing-masing.

SAFTTA menganggarkan ketidaktentuan itu akan berlarutan sehingga musim Ramadhan nanti.

Sementara itiu, ujarnya ahli persatuan ketika ini menghadapi masalah yang sangat kritikal disebabkan kekurangan ‘tempat duduk’penerbangan.

Masalah telah bermula semenjak akhir bulan September 2022 yang lalu”.

Namun keadaan menjadi lebih parah menjelang Desember kerana rata-rata bakal jemaah memilih bulan Disember ekoran cuti sekolah dan cuaca yang lebih sejuk di Arab Saudi.

Ketika ini dianggarkan industri umrah kekurangan 30,000 tempat duduk untuk bulan Disember sahaja, katanya.

Justeru, SAFTTA memohon Kementerian berkaitan untuk segera menggerakkan agensi masing-masing di dalam mengarahkan pihak penerbangan untuk menambah bilangan pesawat dan memudahkan prosedur dengan membenarkan penerbangan carter untuk mendarat di KLIA.

Ia bagi mengelak berlaku kekecohan apabila tiba bulan Disember nanti – BULETIN TV3

Loading...
Terkini