comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] DBKL gempur Jalan Alor, Bukit Bintang


KUALA LUMPUR: Lokasi panas penjaja dan peniaga warga asing di Jalan Alor, Bukit Bintang di ibu negara terus digempur  oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu hantaran di Facebook  memaklumkan operasi terbaharu jam 6.30 petang semalam, membabitkan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.

Katanya, tindakan khas itu dilaksanakan mengejut membabitkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan termasuk penjaja makanan, minuman, aksesori, pakaian dan lain-lain aktiviti perniagaan.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

Foto: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

“Melalui tindakan khas dijalankan, DBKL membuat 15 tindakan sita membabitkan dua kes pemilik premis makanan atas kesalahan meletakkan barangan dan peralatan di tempat awam, sembilan kes warganegara menjaja tanpa lesen serta empat kes penjaja warga asing tanpa lesen,” menurut kenyataan itu.

Semua tindakan sita  diambil mengikut peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL berkata, pihaknya turut mengeluarkan satu notis penguatkuasaan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dua notis kompaun penjaja tanpa lesen dan dua notis kompaun atas kesalahan melantik pembantu gerai warga asing mengikut UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Barangan dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi,” katanya.

Foto: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook
Loading...
Terkini