comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL sita tujuh penjaja warga asing di Chow Kit

Foto: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan serta-merta dengan menyita barangan niaga milik tujuh penjaja warga asing yang dikesan beroperasi sekitar kawasan Jalan Haji Taib, Chow Kit, di ibu negara.

DBKL dalam kenyataannya di laman facebook berkata, operasi itu dijalankan oleh anggota penguat kuasa ke atas 4 penjaja ubat dan alatan seks, 2 peniaga tukang kasut dan 1 penjaja makanan ringan

“Penguat kuasa DBKL terus bertindak sita serta-merta ke atas penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit.

Foto: DBKL / Facebook

“Tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.

DBKL turut memaklumkan akan terus mengambil tindakan dan pemantauan berkala di sekitar kawasan tumpuan di ibu kota.

“Tindakan berterusan dan pemantauan berkala akan dijalankan sekitar kawasan tumpuan (hotspot) menerusi siri tindakan khas.

“Ini termasuk operasi membabitkan 11 Parlimen di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Loading...
Terkini