comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Debu halus letusan gunung boleh menyebabkan kegagalan enjin pesawat


Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Walaupun debu awan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun letusan Gunung Ruang di Indonesia, secara saintifiknya debu halus itu mampu memberi risiko kepada pesawat di udara.

Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRS), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Carolyn M. Payus berkata debu awan letusan berlegar ke udara boleh mencair bersama awan yang bergerak dan boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan enjin pesawat.

“Saya rasa benda ini impaknya adalah disebabkan penutupan beberapa flight kita tangguh itu satu dan kenapa dia tangguh persoalan orang ramai sebab lebih kepada keselamatan itu satu langkah yang amat diperlukan sebab kita tidak nampak walaupun dia jauh tidak berasap pun tapi sebenarnya dalam ketinggian kapal terbang itu kita tidak nampak dalam saiz yang kecil sangat halus,

“Awan debu tidak dapat dilihat dengan mata kasar ia dalam ketinggian yang sama dengan kapal terbang itu kalau saya secara saintifiknya kita tidak mahu kerosakan enjin sebab cairan debu awan itu pada enjin menyebabkan malapetaka yang kita tidak mahu,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Justeru pesawat terdedah dengan debu awan yang berlegar di udara sehingga 12192.00 meter, dianggarkan mengambil tempoh enam jam untuk debu awan benar-benar lesap di udara dan situasi itu menimbulkan kebimbangan serius kepada sistem penerbangan.

Sekiranya letusan gunung berterusan atau ada lagi letusan gunung lain seumpamanya, debu awan akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk lesap yang turut menjejaskan jarak penglihatan juruterbang.

“Selain itu ianya boleh diterbangkan ke ketinggian yang lebih tinggi dengan kepekatan seismik yang berbahaya oleh angin dari gunung berapi yang meletus walaupun kejadian letusan gunung berapi berlaku jauh dari negara kita,” katanya.

Jelasnya lagi apabila pesawat terbang melalui debu awan, enjin pesawat akan menyedut abu itu dan akan mencair kerana abu terbabit mempunyai suhu yang sangat panas sehingga ia bertukar menjadi cecair yang terkumpul di bahagian yang lebih sejuk daripada enjin pesawat.

Hal itu boleh  menyebabkan kegagalan enjin, dan seterusnya boleh menyebabkan kapal terbang terhempas.

Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRS), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Carolyn M. Payus

Katanya walaupun letusan Ruang boleh sampai 12 kilometer sahaja, namun semua syarikat penerbangan dan jabatan operasi atau cuaca di seluruh dunia sentiasa memantau aktiviti seismik ini.

“Abu volkanik sukar untuk dilihat pada altitud yang lebih tinggi terutamanya pada waktu malam. Terdapat kejadian di mana sebuah Boeing 747, semasa berada di ruang udara di tengah-tengah Lautan Pasifik pada waktu malam, mengalami nyalaan api di keempat-empat enjinnya.

“Akibat daripada enjin pesawat yang tersedut abu gunung berapi ini. Keadaan ini jarang berlaku namun perlu dielakkan terlebih awal sebagai langkah keselamatan dan pencegahan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini