comscore
Tumpuan :
Nasional

Dekan Universiti Islam Gaza korban serangan rejim Zionis

Dr Tayseer Ibrahim terkorban dalam serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza. – Foto: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki

PETALING JAYA : Dekan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Islam Gaza, Dr Tayseer Ibrahim terbunuh dalam serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi berita duka itu, menerusi hantaran di Facebook beliau, pagi tadi.

“Pagi ini menerima perkhabaran duka apabila seorang lagi alumni universiti Islam di Malaysia terkorban syahid akibat dibunuh dengan kejam oleh rejim kolonial pengganas Zionis Israel.

“Moga Allah kurniakan syurga jannah tanpa hisab kepada as-Syahid Dr Tayseer Ibrahim, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza,” katanya.

Asyraf turut meminta semua pihak mendoakan pejuang-pejuang Palestin diberi keselamatan.

“Jangan berhenti mendoakan saudara-saudara Islam kita di Palestin,” ujarnya.

Loading...
Terkini