comscore
Tumpuan :
Nasional

Denggi: 2 kematian di Pulau Pinang

Foto hiasan

GEORGE TOWN: Sebanyak 51 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 April lalu di Pulau Pinang.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam kenyataan, memaklumkan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan rekod tertinggi iaitu 18 kes, diikuti SPS (15), Timur Laut (lapan) dan masing-masing lima kes di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara (SPU).

“Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME15 adalah sebanyak 1,730 kes, manakala kematian direkodkan masing-masing satu kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan (SPS),” menurut hantaran di laman Facebook JKNPP hari ini.

Menurut JKNPP, dua kawasan di SPT dikenal pasti sebagai hotspot taburan lokaliti wabak denggi iaitu Taman Alma Jaya dan Taman Nirwana manakala satu hotspot turut dikesan di Taman Sri Pinang dalam daerah Timur Laut.

Justeru, JKNPP menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan dan kawalan sendiri bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan dan premis. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini