comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Dia pun nak tengok bola…’

Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

PARIT BUNTAR: Keasyikan sebuah keluarga di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di antara Poland dan Arab Saudi, ‘terganggu’ dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang lima meter berada di atas kerangka bumbung rumah, hari ini.

Mantan Jawatankuasa Pembangunan, dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Mat Ali, Azhar Maturidi, berkata ketika kejadian dia terdengar bunyi bising kucing seperti bergaduh dari luar rumah.

Menurutnya sebaik diperiksa dia terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sedang memanjat tiang dan cuba memasuki siling rumah melalui kerangka bumbung.

“Mulanya kami ingatkan bunyi kucing bergaduh namun sebaik pintu utama dibuka, saya terperanjat apabila mendapati seekor ular sawa sedang menjalar melalui tiang di luar dan cuba menyelinap masuk melalui siling rumah.

“Bagaimanapun ular sawa itu berjaya ditangkap oleh sekumpulan belia yang datang membantu.

“Usaha menangkap ular itu mengambil masa sekitar 10 minit dan kemudiannya diserahkan kepada Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut,” katanya ditemui.

Azhar berkata, dia dan keluarga tidak menyangka kejadian itu dan ia kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini