comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI: Pakistan halang kebangkitan lewat Young Tigers

Foto: Hokita/ Facebook

JOHOR BAHRU: Pasukan hoki remaja negara mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam kempen Piala Sultan Johor sekaligus menamatkan peringkat kumpulan tanpa sebarang mata.

Skuad bimbingan Mohd Amin Rahim itu tunduk 2-3 kepada Pakistan di aksi terakhir kumpulan B, menyebabkan menghuni tangga tercorot.

Lawan selesa mendahului 3-0 pada satu ketika hasil gol padang pembukaan Abuzar minit (m) ke-12 disusuli dua penyudah sudut penalti masing-masing oleh Arbaz Ahmad m-21 dan Muhammad Khan m-24.

Foto: Hokita/ Facebook

Perjuangan Malaysia bersemarak semula bermula gol pukulan sudut penalti Shahmie Irfan Suhaimi dua minit selepas suku terakhir bersambung.

Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini kemudian tampil merapatkan jurang kepada 2-3 dari jaringan padang empat minit berselang, namun pemain negara tidak mampu menembusi gawang Pakistan baki permainan yang ada.

Malaysia sebelum ini kecundang kepada New Zealand dengan keputusan sama, sebelum tewas 1-3 di tangan India Sabtu lalu.

Skuad bawah 21 tahun negara itu djadual menentang Britain pada Khamis di perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan.

Aksi di Johor Bahru itu menjadi medan pemilihan terakhir Amin sebelum menamakan pasukan lengkap ke Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur Disember ini.

Loading...
Terkini