comscore
Tumpuan :
Nasional

Dilarang unsur ekstremisme, keganasan dalam Minggu Solidariti Palestin – KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) melarang sebarang unsur ekstremisme dan keganasan digunakan semasa penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh mana-mana institusi pendidikan di bawahnya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, KPM berkata pihaknya mengambil perhatian kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.

Katanya, KPM menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November ini.

“Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.

“Justeru, KPM tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme di sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin.

“Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.

Tambah kenyataan itu, KPM menggalakkan penganjuran aktiviti yang mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin di sepanjang pelaksanaan program ini,” katanya.

“Sehubungan itu, semua institusi di bawah KPM diminta untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yangditetapkan.

“Minggu Solidariti Palestin perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat menghormati,” katanya.

Loading...
Terkini