comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua beradik hilang: Remaja lelaki 16 tahun ditemui pagi tadi

Foto hiasan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

HULU BERNAM: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Hulu Bernam, 1 Januari lalu ditemui pagi tadi.

Mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang bersama abangnya, ditemui di hadapan rumahnya selepas hampir seminggu abangnya ditemui di Stesen LRT Pasar Seni, malam Khamis lalu.

Perkara itu dimaklumkan ibu mangsa,Fara Fauzuleena Zulkifli, kepada Buletin TV3 di kediamannya di Taman Bernam Jaya, sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Syukur kerana Along Angah selamat cuma minta tolong jaga keselamatan saya sekeluarga kita dalam keadaan yang tidak tahu apa-apa lagi, saya kena pergi,saya kena cepat. Saya minta maaf saya akan bekerjasama sepenuhnya nanti . Saya perlu ke IPD terdekat saya ada urusan lain lagi”, katanya.

Menurut Fauzuleena, beliau perlu ke IPD Hulu Selangor bagi menyelesaikan beberapa lagi urusan, dan turut terpaksa membatalkan temujanji bersama penyelaras Parlimen Hulu Selangor yang sepatutnya diadakan 3 petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim yang dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun berkata mangsa buat masa ini ditempatkan di Balai Polis Ulu Bernam bagi menjalani beberapa prosedur termasuk pemeriksaan fizikal.

Lelaki yang menjumpai mangsa turut berada di balai berkenaan untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini saya tidak boleh komen lanjut perkara ini,bagaimanapun kami akan keluarkan kenyataan media nanti”.

Semalam, Supt Ahmad Faizal memaklumkan, pihaknya menahan seorang lelaki 11 Januari lalu di sekitar Kuala Lumpur dan individu berkenaan masih dalam tahanan reman.

Jelasnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menjalankan siasatan kes itu sebagai amang seksual susulan penemuan salah seorang mangsa di Stesen LRT Pasar Seni.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini