KOTA KINABALU: Dua pengunjung cedera selepas tercampak dari alat permainan di pesta ria berhampiran Kompleks Sukan Likas di sini, malam tadi.
Dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita dewasa itu dipercayai terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ yang bergerak.
Beberapa video dan gambar kejadian terbabit tular di laman sosial.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.58 malam.
Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) diarah ke lokasi kejadian.
“Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut. dan operasi tamat jam 9.40 malam,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.