comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua wanita nyaris rentung, kereta terbakar

Anggota BBP Sik memadam api yang marak dari kereta Perodua Myvi yang musnah terbakar. FOTO: JBPM Sik

SIK: Dua wanita nyaris rentung selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar.

Kejadian berlaku di tepi jalan Kampung Lubuk Tualang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.45 petang tadi.

Beliau berkata sepasukan anggota dari BBP Sik diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Syahril Salleh bersama lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila wanita berusia 40-an yang memandu kereta itu bersama rakannya terhidu bau hangit dalam kereta yang dinaiki mereka.”

“Mereka nekad keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri malah bernasib baik kerana secara tiba-tiba kereta itu terbakar dan api marak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata kedua-dua wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Beliau menasihatkan pemilik kenderaan supaya sentiasa melakukan penyelenggaraan berkala pada kenderaan masing-masing untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Pastikan setiap kenderaan mempunyai alat pemadam api untuk bantuan awal pemadaman,” katanya.

Loading...
Terkini