comscore
Tumpuan :
Nasional

Elaun guru KAFA akan disemak semula – PM

KUANTAN: Kerajaan akan melihat semula isu elaun rendah dan perjawatan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), yang masih bertaraf kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berhubung isu elaun guru KAFA yang masih dibawah paras gaji minimum RM1,500 sebulan.

“Saya dah berbincang dengan Tan Sri Mohd Zuki tadi dan ini juga dibawah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), kita akan lihat perkara ini. Walau bagaimanapun dari segi one off dalam bajet kita bagi sudah umumkan tidak silap RM500 baru-baru ini dan tertakluk pada imam, bilal dan semua sekali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kenduri Keluarga Malaysia sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKIM) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Sebuah akhbar melaporkan ketika pekerja kilang dan pengawal keselamatan termasuk warga asing sudah lama menikmati gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, namun, pendapatan guru-guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan.

Difahamkan terdapat kira-kira 35,000 guru KAFA di seluruh negara masih dibayar ‘upah’ serendah RM1,000 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Islam sejati dan insan syumul.

Loading...
Terkini