comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat kedai musnah terbakar di Bandar Baru Selayang

Sederet empat kedai termasuk sebuah kedai menjual air batu campur (ABC) di Bandar Baru Selayang, Gombak, musnah dalam kebakaran, sebentar tadi. Foto Ihsan JPBM

KUALA LUMPUR: Sederet empat kedai termasuk sebuah kedai menjual air batu campur (ABC) di Bandar Baru Selayang, Gombak dekat sini, musnah dalam kebakaran, sebentar tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima laporan pada jam 7.54 malam dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Operasi turut dibantu pasukan dari BBP Rawang, Sentul dan Jinjang dengan pasukan pertama dari BBP Selayang tiba di lokasi pada jam 8.04 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail, berkata kebakaran membabitkan deretan kedai bangunan kelas C.

“Kebakaran membabitkan empat kedai berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu unit kedai.

“Anggota bomba masih di lokasi untuk mengawal kebakaran dan memadamkan api sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini