comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat kenderaan terbakar, warga emas rentung

Kebakaran empat kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari menyebabkan seorang lelaki warga emas rentung. – FOTO Ihsan JBPM.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan empat kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berusia 67 tahun itu ditemui dalam sebuah daripada kenderaan berkenaan.

“Kebakaran membabitkan kereta Ford Telestar yang terbakar 100 peratus, Naza Citra terbakar 50 peratus, Proton Wira (lima peratus) dan sebuah lori Daihatsu (lima peratus).

“Terdapat seorang lelaki berusia 67 tahun yang berada di dalam kereta Naza Citra rentung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 2.45 pagi.

Operasi pemadaman melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini