comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran

SIPITANG: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Melaliah, di sini, malam tadi.

Mayat Wong Fook On, 66, ditemukan di bahagian dapur selepas api dipadamkan anggota bomba.

 

Sebuah kereta jenis Proton Iswara turut terbakar dalam kejadian jam 7.30 malam itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.39 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sejurus tiba di lokasi, api sedang marak membakar rumah itu, sebelum kerja-kerja pemadaman dijalankan.

“Operasi terkawal pada jam 8.05 malam dan anggota menemukan seorang lelaki rentung di bahagian dapur.

Mayat kemudian dikeluarkan dari lokasi kebakaran sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan jam 10.36 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini