comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam negeri dijangka berdepan banjir kilat

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Banjir kilat dijangka melanda enam negeri melibatkan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan berkata, ia berdasarkan maklumat ramalan hujan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Falsh Flood Guidance System (SAOFGGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.

“Terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya berlaku hujan lebat berterusan,” menurutnya.

Tambah kenyataan itu, ramalan banjir kilat di Johor melibatkan Kota Tinggi, Mersing, Muar dan Tangkak serta dua daerah di Melaka iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Ramalan itu juga dijangka tertumpu sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Bagi Perak pula, melibatkan daerah Batang Padang, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

“Keadaan sama juga berisiko berlaku di Sepang, Petaling dan Kuala Selangor serta seluruh Kuala Lumpur,” jelasnya.

Loading...
Terkini