comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam wanita ‘Hot Daddy’ didakwa esok

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR: Enam wanita dipercayai terbabit kegiatan merakam aksi seks bersama seorang lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan menjualnya di media sosial akan didakwa esok.

Difahamkan, keenam-enam wanita berusia lingkungan21 hingga 36 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, esok berhubung kes terbabit.

Lelaki gigolo bersama dua teman wanitanya ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. FOTO: NSTP

Terdahulu, polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti merakam dan menjual aksi hubungan intim dengan lebih 20 wanita melalui aplikasi media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, kesemua suspek itu diberkas pada minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Katanya, siasatan mendapati keenam-enam wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela dengan ada di antara mereka melakukannya kerana bermotifkan keuntungan.

Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi seks melalui aplikasi X dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini.

Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan dua teman wanitanya, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Ketiga-tiga mereka dituduh mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini