comscore
Tumpuan :
Jenayah

Empat wanita ditahan kerana disyaki pelaku dalam video seks bersama gigolo

Lelaki gigolo bersama dua teman wanitanya ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Empat wanita umur antara 22 hingga 34 tahun ditahan kerana disyaki pelaku dalam video seks bersama lelaki gigolo yang didakwa hari ini.

Menurut media, dua daripada wanita terbabit direman selama tujuh hari bermula semalam manakala dua lagi wanita direman selama empat hari bermula hari ini.

Pagi tadi, lelaki yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intimnya melalui aplikasi X dituduh di Mahkamah Sesyen di sini.

Lelaki terbabit Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Turut dihadapkan ke mahkamah, dua teman wanita tertuduh Norhidayah Mahadi, 24 dan Norshazrina Md Zamri, 27, yang juga antara pelaku dalam video seks itu.

Kedua-duanya juga mengaku tidak bersalah.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosi aktiviti seks untuk keuntungan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk serahan dokumen.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

Bapa tertuduh lelaki yang turut menginap di rumah itu juga ditahan.

Laporan awal menyebut tertuduh lelaki itu merakam dan menjual video lucah dia melakukan hubungan seks bersama lebih 20 wanita termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks.

Siasatan turut mendapati tertuduh menjual video lucah itu di media sosial sejak Julai lalu dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.

Tertuduh yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ di platform media sosial X pernah dua kali berkahwin dan cerai.

Hasil perkahwinan terdahulu, dia memiliki dua orang anak lelaki yang masih kecil.

Loading...
Terkini