comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Filem penuh emosi ‘A Mothers’ Touch’ ditayangkan menerusi Tonton bermula Mei

PETALING JAYA: Mencari sinar kehidupan dan jalan penyelesaian dalam harapan yang kian pudar.

Itu antara mesej yang cuba disampaikan menerusi filem Jepun ‘A Mother’s Touch’ yang ditayangkan secara eksklusif menerusi platform penstriman video Tonton bermula Mei 2024.

Menerusi filem ini, penonton akan dibawa menelusuri sebuah perjalanan penuh emosi yang secara amnya memaparkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Filem Jepun yang menyayat hati ini menceritakan kisah Satoshi yang kehilangan daya penglihatannya seawal umur 9 tahun.

Walaupun begitu, Satoshi tetap membesar sebagai seorang kanak-kanak yang ceria kerana kasih sayang ibunya yang dicurahkan sepenuh hati.

Namun, keadaan menjadi lebih memilukan sewaktu Satoshi melangkah ke sekolah tinggi apabila rakan-rakan dan ahli keluarga Satoshi menyedari bahawa daya pendengarannya juga mula hilang.

Dengan keazaman yang tinggi, Reiko yang merupakan ibu kepada Satoshi mencuba pelbagai cara supaya anaknya terus cekal dalam meneruskan kehidupan.

Diadaptasikan dari kisah benar, filem hasil terbitan Yuki Takafumi dan penulis skrip, Yokomaku Tomohiro ini sebenarnya menceritakan ketabahan dan kecekalan hidup Fukushima Satoshi, profesor universiti yang buta dan pekak pertama di dunia.

“Pada asalnya, kami berpendapat bahawa jika kami menerbitkan filem tentang Profesor Fukushima Satoshi sebagai protagonis, ia akan hanya menceritakan kisahnya sebagai orang kurang upaya dan kelemahannya dan ia tidak begitu bermakna.

“Kami menyedari bahawa jika filem ini digarap dari pandangan seorang ibu, ia boleh menjadi sebuah filem tentang keluarga dan mendalami perasaan seorang ibu melihat kesusahan anaknya. Saya berpendapat ia sangat relevan dengan sambutan Hari Ibu ini,” kata Yokomaku Tomohiro selepas tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ di ibu negara, baru-baru ini, yang turut dihadiri penerbit filem, Yuki Takafumi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworls Studios, Nini Yusof.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworls Studios, Nini Yusof (kiri), Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo (tiga kanan), penerbit Yuki Takafumi (empat kiri) dan penulis skrip, Yokomaku Tomohiro ketika tayangan filem A Mother’s Touch di GSC Mid Valley. – FOTO: NSTP

Selain menghidupkan rasa kecintaan kepada seorang insan yang dipanggil ibu, filem ini juga dapat memberi kesedaran kepada para penonton mengenai ‘finger braille’ iaitu cara komunikasi bagi golongan yang hidup tanpa daya penglihatan dan pendengaran.

‘A Mother’s Touch’ memaparkan barisan pelakon yang amat berbakat seperti Koyuki memegang watak Reiko, seorang ibu yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan Taketo Tanaka melakonkan watak utama filem ini iaitu Satoshi.

Filem ini juga antara lain menampilkan Hisashi Yoshizawa, Lily Franky dan ramai lagi. Gandingan mantap pelakon-pelakon ini pastinya akan berjaya membuatkan para penonton daripada pelbagai lapisan umur menitiskan air mata di samping plot penceritaan yang meruntun jiwa.

Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri kisah yang menggetarkan jiwa dalam ‘A Mother’s Touch’. Jangan lepaskan peluang untuk menonton kandungan Tonton di Smart TV sekarang! Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di laman-laman media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #AMothersTouch. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini