comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Formasi 234 kereta bentuk Jalur Gemilang tempa nama MBOR

Foto: Sireh Park, Iskandar Puteri/Facebook

JOHOR BAHRU: Formasi membabitkan 234 kereta yang membentuk Jalur Gemilang terbesar di SIREH Park Iskandar Puteri di sini hari ini, menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Adin Marketing Group Sdn Bhd (Haos Ek?) Anis Permin, berkata program itu anjuran syarikat berkenaan dan SIREH Park bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Antara lain ia sebagai satu daripada usaha menggalakkan penyertaan orang awam terutamanya generasi muda untuk terus menghargai kemerdekaan negara.

“Kami bersyukur dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat untuk memupuk semangat cintakan negara dan menyambut usaha kerajaan dalam memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan.

“Malah program ini juga bertujuan memperkenalkan lagi SIREH Park sebagai kawasan rekreasi dan riadah keluarga serta tempat tumpuan awam,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Foto: Sireh Park, Iskandar Puteri/Facebook

Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Turut hadir, Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd Haffiz Ahmad dan Penasihat Sireh Park, Nor Hisham Hussein.

Rekod MBOR tersebut diserahkan wakil MBOR, Edwin Yeoh kepada Anis.

Sementara itu, Pandak berkata, program itu adalah satu inisiatif baik dalam menanam semangat patriotik khususnya dalam kalangan masyarakat.

Loading...
Terkini