comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gaji graduan merosot akan dibincang dalam mesyuarat minggu depan – PM

SEBERANG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, gaji graduan yang merosot ke paras minimum, antara yang akan dibincangkan minggu depan.

Katanya, isu berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa penyelarasan gaji dan pencen penjawat awam yang akan dipengerusikan beliau.

”Pertamanya setelah tradisinya adalah untuk mengadakan penyelarasan itu setiap sepuluh tahun. sekarang dah menjangkau 12 tahun kerana jawatankuasa itu tidak bermesyuarat sebelum ini jadi semua perkara ini kita akan ambil kira”, katanya.

Beliau mengulas perkara itu selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia – PERKEM 2023 anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera  serta yang tidak berpencen.

Ujarnya, sebarang penyelarasan akan dilakukan secara berperingkat, tertakluk kepada keupayaan ekonomi negara.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, wujud kebimbangan mengambil kira kecenderungan gaji permulaan lepasan ijazah di negara ini tidak jauh beza berbanding paras gaji minimum pekerja tidak mahir, iaitu seribu 500 ringgit sebulan.

Loading...
Terkini