comscore
Tumpuan :
Nasional

Garis masa skandal SPANCO

Pusat servis SPANCO di Jalan Perusahaan 2, Batu Caves. Foto laman web SPANCO.

1993:
SPANCO dianugerahkan kontrak untuk menguruskan kenderaan konsesi kerajaan.

2018:
Perjanjian SPANCO dengan kerajaan tamat pada Disember.

2019:
Kerajaan membuka tender kepada syarikat untuk konsesi membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan untuk 15 tahun akan datang. Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsortium untuk bersama-sama membida kontrak yang menguntungkan itu.

2020:
Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa mereka sudah memilih syarikat konsesi baharu untuk menguruskan kenderaannya, tetapi ia tidak dinamakan.

Julai 2023:
Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan memfailkan saman terhadap kerajaan dan SPANCO berhubung Surat Niat (LoI) yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu sudah diberikan kepada SPANCO, walaupun tawaran itu lebih tinggi.

Beliau juga berkata, konsortium itu menerima LoI dari kementerian untuk menggantikan SPANCO tetapi kontrak itu ditamatkan secara tidak adil sebelum anugerah akruan ditetapkan untuk diumumkan.

Januari 2024:
SPRM melakukan serbuan di kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan armada kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan.

5 Februari 2024:
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian kerajaan dengan SPANCO merugikan negara.

Anwar juga berkata beliau sentiasa berwaspada mengenai isu itu semasa menjadi Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

6 Febuari 2024:
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan individu yang terbabit dalam keputusan pemberian kontrak pembekalan dan pengurusan kenderaan kerajaan kepada SPANCO akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini