comscore
Tumpuan :
Nasional

Generasi muda pelapis industri kraf

Muhammad Syahmi Noridin menunjukkan demonstrasi ukirannya kepada pengunjung sempena Hari Kraf Kebangsaan di ibu negara baru-baru ini.

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Seni berasaskan hasil rimba atau pertukangan kayu bukan satu bidang yang mudah kerana proses untuk menghasilkan sesuatu produk dan karya sangat rumit dan memerlukan ketelitian tinggi.

Hanya mereka yang mempunyai minat mendalam, tekun dan memiliki daya fokus yang tinggi sahaja dapat menguasai serta bertahan lama dalam bidang ini.

Percaya kepada peluang pekerjaan dan kemahiran yang dipelajari boleh dikembangkan, Dua anak muda Muhammad Syahmi Noridin dan Muhammad Luqmanul Hakim Mustopha berusia 24 tahun tidak teragak-agak memilih ukiran kraf kayu sebagai kerjayanya.

Syahmi berkata, kesungguhan, minat dan sokongan keluarga penting untuk terus bertahan dalam bidang berkenaan.

Muhammad Luqmanul Hakim Mustopha menunjukkan demonstrasi ukiran.

“Minat saya mula timbul dalam bidang ukiran ini sejak saya menuntuk dia Institut Kraf Negara. Hasil bantuan dan tujuk ajar daripada guru pertukangan saya mula belajar pelbagai teknik menarik dalam bidang pertukangan.

” Di sebabkan saya baru sahaja setahun bertapak dalam bidang ini jadi saya perlu sentiasa memperbaiki strategi bagi memajukan lagi perusahaan yang dijalankan ini.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha kraf muda, Muhammad Luqmanul Hakim Mustopha, berkata penglibatan generasi muda penting kerana mereka adalah pelapis dalam memartabatkan lagi seni kraf tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Walaupun pelbagai cabaran perlu dilalui untuk bertapak dalam industri berkenaan namun ia bukan tiket untuk generasi baharu sepertinya berputus asa.

“Bagaimanapun, saya sangat mengharapkan sokongan daripada masyrakat dan agensi-agensi berkaitan kerana ia sedikit sebanyak boleh memberi semangat kepada penggiat kraf muda untuk melahirkan lebih banyak produk kraf baharu,” katanya.

Loading...
Terkini