comscore
Tumpuan :
Dunia

UK akan perkenal RUU Tembakau & Vape 

rokok
FOTO: Hiasan

LONDON: Britain akan memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Tembakau dan Vape dalam usaha menghentikan tabiat merokok kalangan generasi muda dengan mengharamkan penjualan tembakau.

RUU itu jika diluluskan tanpa dipinda akan menjadi satu daripada undang-undang anti-tembakau yang paling sukar dilaksanakan di dunia.

Ia menghalang remaja berusia 15 tahun pada tahun ini dan ke bawah daripada membeli bahan berasaskan tembakau.

Kerajaan berkata, merokok tidak akan dikira sebagai jenayah dan oleh itu sesiapa sahaja yang tidak tertakluk kepada RUU berkenaan boleh membeli tembakau secara sah dan tidak akan dihalang daripada berbuat demikian pada masa depan.

“Jika mahu membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita, perlu untuk menangani satu-satunya punca penyakit, kecacatan dan kematian terbesar yang boleh dicegah sepenuhnya iaitu merokok,” kata Perdana Menteri, Rishi Sunak dalam satu kenyataan.

Pengkritik berkata, langkah itu ‘tidak konservatif’ dan bekas perdana menteri, Liz Truss adalah seorang daripada beberapa ahli parti pemerintah yang memberitahu akan menyokong undian bagi undang-undang berkenaan.

Di sebalik bantahan, undang-undang terbabit dijangka diluluskan dengan Parti Buruh pembangkang mencadangkan akan menyokong langkah itu.

Bulan lalu, undang-undang serupa yang diperkenalkan New Zealand bagi melarang penjualan tembakau kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2009 sudah dimansuhkan oleh kerajaan gabungan baharu negara itu.

Kerajaan Britain berkata, merokok memberi impak kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan dan ekonomi dengan kosnya dianggarkan £17 bilion (AS$21.63 bilion) setahun.

Peningkatan mendadak penggunaan vape dalam kalangan bukan perokok dan golongan muda memaksa kerajaan British yang juga penyokong vape memperkenalkan cara mengurangkan kemudaratan merokok dengan mempertimbangkan langkah kawalan yang lebih ketat.

Di bawah undang-undang yang dicadangkan, akan ada penguatkuasaan baharu untuk mengubah cara vape dipaparkan di kedai, menyekat perisa vape dan pembungkusan yang sengaja dipasarkan kepada kanak-kanak bagi memerangi peningkatan penggunaan peranti elektronik itu dalam kalangan belia. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini