comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Geng Perpaduan’ bukti komitmen perkukuh kerjasama

 

FOTO: NSTP

Oleh Najwa Azaha

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan tidak boleh lagi memberi tumpuan kepada perbezaan antara mereka, meskipun pernah berseteru sejak puluhan tahun lalu.

‘Geng Perpaduan’ adalah entiti tidak rasmi bagi pemuda perpaduan untuk menarik minat anak-anak muda bersama dalam platform pemuda Kerajaan Perpaduan yang terbuka kepada seluruh warga yang ingin bersama menggerakkan pemuda perpaduan.

Jentera baharu ini membabitkan semua sayap pemuda parti gabungan kerajaan bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menandatangani t-shirt ‘Geng Perpaduan’ sebagai simbolik perasmian tersebut. -FOTO: Buletin TV3

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 hari ini memberi peluang kepada 19 parti mengetepikan perbezaan dan mencari titik persamaan bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

Loading...
Terkini