comscore
Tumpuan :
Nasional

Gerai ranap dipukul ribut, peniaga terima bantuan ihsan RM1,000 

IPOH: Nasib 36 peniaga di Ipoh Night Market, Jalan Sultan Azlan Shah di sini yang kerugian ribuan ringgit apabila gerai niaga ambang Merdeka mereka ranap dipukul ribut 30 Ogos lalu mendapat perhatian kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 masing-masing kepada peniaga terjejas.

Saarani berkata selain RM1,000 bantuan yang disumbangkan, kerajaan negeri turut membantu dengan mempermudah urusan bagi peniaga terjejas untuk mendapatkan bantuan lain seperti pinjaman mikro kredit dan seumpanya.

“Yang lain (bantuan) itu mereka akan berurusan dengan Sekretariat Pembangunan  Usahawan Negeri Perak (STeP) dan kalau ada keperluan bagi mereka untuk mohon pinjaman pelbagai agensi, kerajaan negeri akan cuba memberi cadangan sokongan yang kuat,” katanya.

Selain di medan selera Ipoh Night Market, ribut yang melanda 30 Ogos lalu turut menjejaskan persiapan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak di perkarangan Stadium Perak, di sini apabila banyak persiapan termasuk khemah rosak diterbangkan angin.

Loading...
Terkini