comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru paling ramai kena tipu

Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Guru dikenal pasti sebagai penjawat awam paling ramai menjadi mangsa skim penipuan termasuk jenis penipuan dalam talian seperti ‘Macau Scam’, ‘Love Scam’ dan ‘Parcel Scam’ di Johor.

Berdasarkan statistik sejak Januari hingga September, sebanyak 117 kes penipuan membabitkan golongan terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, nilai kerugian yang direkodkan membabitkan mangsa guru pula  adalah sebanyak lebih RM4.24 juta bagi tempoh berkenaan.

“Daripada siasatan kita, kita dapati bahawa di Johor ada lebih 50,000 orang guru, jadi mungkin itulah salah satu faktor kerana ramai guru di negeri.

“Scammer’ ini dia tidak pilih mangsa, tetapi mungkin kerana ramai komuniti guru di sini, itulah masalah yang menyebabkan mereka menjadi mangsa.

“Sebab itu kita ambil peluang ini menjemput guru-guru untuk hadir sesi ‘town hall’ supaya kita dapat bantu memberi penerangan dan mendidik mereka bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program ‘Town Hall’ : Ancaman ‘Scammer’ Masa Kini di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini.

Seramai 250 orang guru dari seluruh negeri ini hadir pada majlis berkenaan.Menurut Kamarul Zaman, bagi sembilan bulan pertama tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Johor menerima 388 laporan kes penipuan membabitkan penjawat awam.

Katanya, jumlah itu dilihat meningkat berbanding 322 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Nilai kerugian yang dicatatkan pula adalah sebanyak lebih RM10.02 juta setakat ini,” katanya.

Loading...
Terkini