comscore
Tumpuan :
Nasional

Hampir 100 kakitangan Aman Palestin diarah cuti tanpa gaji

Pejabat Urusan Aman Palestin di Bangi. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Hampir 100 daripada 150 petugas Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) telah diminta bercuti tanpa gaji sehingga dimaklumkan kelak.

Pengurus Jabatan Media dan Dokumentasi Aman Palestin, Ismail Muhammad Jufri berkata ketetapan itu dimuktamadkan pengurusan NGO berkenaan berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Foto fail dua individu dari Aman Palestin dan seorang daripada sebuah syarikat pelaburan ketika hadir bagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 15 Februari lalu.

13 daripada 20 cawangan Aman Palestin di seluruh negara turut ditutup.

Ismail dipetik sebagai berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan melakukan pengecilan operasi kali kedua sekiranya akaun milik Aman Palestin terus dibekukan.

“Aman Palestin ketika ini, tidak dihalang untuk beroperasi, namun kos operasi sepenuhnya bergantung kepada dana sampingan yang sangat terhad,” ujarnya.

Tambah Ismail, setakat ini pihaknya masih menerima sumbangan daripada pihak tertentu dan petugas yang ada perlu melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

Sementara itu, keadaan di Aman Palestin dijangka semakin sukar apabila pengerusinya, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan ketua pegawai eksekutif, Awang Suffian Awang Piut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam Khamis lalu atas pertuduhan pecah amanah, tipu dan ubah wang haram bernilai RM39.5 juta.

Turut didakwa, pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali.

Ketiga-tiga mereka yang berdepan keseluruhan 164 pertuduhan mengaku tidak bersalah.

SPRM menerusi kenyataan pada 22 November lalu memaklumkan, 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan RM15,868,762.

Pembekuan akaun itu dibuat susulan siasatan terhadap dakwaan syarikat NGO berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2022.

Aman Palestin beroperasi sejak tahun 2004.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini