comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dakwaan rasuah: Tiga individu Aman Palestin tiba di mahkamah

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SHAH ALAM: Tiga individu badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi berdepan 100 pertuduhan rasuah.

Ketiga-tiga individu terbabit merupakan Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat tiba pada jam 8.30 pagi diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, SPRM mengesahkan telah membekukan 41 akaun membabitkan syarikat berkenaan berjumlah RM15,868,762.

Tindakan itu dibuat selepas wujud keraguan membabitkan perbelanjaan wang sumbangan orang ramai itu.

Beberapa premis milik NGO itu juga turut digeledah pihak SPRM bagi tujuan penyiasatan.

Aman Palestin sebelum ini juga menerusi beberapa siri sidang media turut mencabar tindakan SPRM yang bertindak membekukan akaun milik syarikat berkenaan.

Pendakwaan dikatakan dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini