comscore
Tumpuan :
Nasional

Hamzah Ahmad, Ketua Polis Pulau Pinang baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad dilantik Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu.

Hamzah antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan pertukaran jawatan serta kenaikan pangkat oleh Bukit Aman, hari ini.

Untuk rekod, jawatan Ketua Polis Pulau Pinang kosong sejak 25 Mac lalu selepas bekas penyandangnya, Datuk Khaw Kok Chin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Polis, Alzafny Ahmad, dalam kenyataan, berkata kesemua pertukaran jawatan membabitkan tiga pegawai kanan terbabit berkuat kuasa 13 Mei ini.

Menurutnya, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Muhammed Hasbullah Ali pula akan kekal dengan jawatan sama namun memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

“Pertukaran turut membabitkan Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Dr Lim Joo Soon.

“Beliau ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah (Jenayah Siber), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini