comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: 10 kenderaan jenazah ATM tiba di HRPB

Oleh: Fahmi Tajuddin

IPOH: 10 kenderaan jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekitar jam 2.20 petang tadi.

Difahamkan semua kenderaan jenazah itu dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di jalan Tambun di sini.

Ketika ini, pihak media diberitahu bahawa proses bedah siasat sudah hampir selesai.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa pula dibawa ke 23 RAMD sejak jam 1.30 petang tadi, dimana dijadualkan akan berlangsungnya Istiadat rasmi dan penghormatan terakhir buat semua mangsa yang terkorban.

Selesai istiadat rasmi dan penghormatan, 10 jenazah dan jasad akan dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan dan ketetapan keluarga masing-masing.

Pergerakan yang akan membawa semua jenazah dan jasad berkenaan turut diiringi melalui konvoi khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini