comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter Terhempas: Bedah siasat semua mangsa selesai, selewatnya-lewatnya jam 3 petang

IPOH: Tragedi dua helikopter TLDM terhempas, kesedihan menyelubungi persiapan istiadat ketenteraan untuk perjalanan terakhir 10 wira yang terkorban.

Proses bedah siasat ke atas 10 mayat dalam nahas helikopter di Lumut, hampir selesai.

Prosedur dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kini berada pada peringkat akhir.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan berkata, semua pegawai perubatan yang terlibat sudah bertungkus lumus sejak petang semalam.

“Semua pegawai perubatan HRPB bekerja keras dan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pun turun untuk membantu melancarkan proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menziarahi waris mangsa yang berkumpul di ruang khas disediakan di hospital berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini