comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Jenazah Joanna Felicia Rohna tiba di Kuching

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Jenazah Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia Rohna tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching pada jam 11.54 malam tadi.

Ketibaan jenazah yang diiringi kedua ibu bapanya, keluarga mertua, suami serta dua anaknya kemudian dibawa ke kediamannya di Kampung Tebekang  Emperoh, Serian bagi upacara penghormatan keluarga dan sahabat handai.

Ketibaan jenazah di Pangkalan Udara TUDM Kuching disambut Panglima Satu Divisyen Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Fauzi Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Datuk Martin Ben dan ADUN Bukit Semuja, John Ilus.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan  Bidayuh Kampung Tebekang Emperoh sekitar jam 9.00 esok mengikut istiadat penghormatan Tentera Laut  Diraja Malaysia (TLDM).

Mendiang Joanna merupakan salah seorang anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua buah helikopter yang terhempas di pekarangan Kem TLDM Lumut, Selasa lalu.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua buah helikopter itu sedang menyertai raptai untuk Sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan di Lumut pada Sabtu ini.

Insiden menyebabkan majlis sambutan itu telah dibatalkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini