comscore
Tumpuan :
Nasional

Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman – Polis KL

KUALA LUMPUR: Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di sekitar ibu negara petang tadi berlangsung dengan aman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perarakan himpunan berkenaan yang bermula di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan berakhir di Padang Merbok di Jalan Parlimen.

“Polis menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan semasa perhimpunan berkenaan dan sehingga peserta himpunan bersurai pada 6 petang tadi, tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi bernama hari ini.

Dianggarkan 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai himpunan bermula 2 petang, bergerak melalui beberapa jalan utama di ibu kota antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan Bulatan Dato Onn.

Tinjauan di lokasi perhimpunan mendapati orang ramai melaungkan slogan antaranya #demipalestin, #fromrivertheseaPalestinewillbefree dan #ceasefire bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk kekejaman pemerintahan negara Israel.

Kibaran bendera Palestin, sepanduk plakad seperti #freepalestin dan #gencatansenjata serta laungan ‘bebaskan Palestin’ bergema sepanjang jalan menuju ke Padang Merbok.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini