comscore
Tumpuan :
Nasional

Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak dan bernanah

 

Foto tular

MELAKA: Hospital Melaka akan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan dakwaan seorang bayi berusia dua bulan mengalami bengkak dan bernanah pada tangan ketika mendapatkan rawatan demam campak seperti tular di media sosial semalam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, beliau sedia maklum berhubung hal itu yang dimuat naik di Facebook oleh individu dikenali Mohamad Izwan dan sudah mengarahkan pihak hospital melakukan siasatan segera.

“Saya terbaca kenyataan En Mohamad Izwan mendakwa doktor di HM cuai apabila bahagian tangan kanan anak saudaranya berusia dua bulan yang dimasukkan jarum membengkak selepas 11 hari dirawat di hospital akibat demam campak.”Dia menyatakan doktor minta untuk buat pembedahan untuk mengeluarkan nanah.

“Jadi saya mengarahkan Pengarah Hospital Melaka buat siasatan mengenai perkara ini,”katanya ketika diminta mengulas satu hantaran oleh individu terbabit di Facebook mengenai kejadian itu sebelum tular di media sosial semalam.

Mohamad Izwan mempersoalkan tindakan dilakukan doktor hospital berkenaan sehingga tangan bayi berusia dua bulan itu membengkak dan bernanah sedangkan dia dibawa untuk rawatan deman campak.

Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersimpati terhadap kejadian menimpa bayi berkenaan.

Loading...
Terkini